UPGRADE ENTERPRISE KE PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT) | SUPER Incorp

Bagaimana nak upgrade dari Enterprise ke PLT? Selalu sangat kami terima persoalan ni. Kenapa perlu UPGRADE? Seiring dengan risiko bisnes perlu upgrade. Ciri-ciri kedua-dua entiti perniagaan ataupon bahasa mudahnya jenis lesen sangat berbeza. Berkait rapat dengan risiko. Kalu Enterprise sekiranya berlaku apa-apa ke atas pemilik, perniagaan akan tutup manakala PLT sifatnya sebaliknya. Ye lah..malang tidak berbau. Kalu kena di saat bisnes tengah baik, alangkah ruginya usaha selama bertahun-tahun. Banyak lagi kebaikkan dan keburukkannya. Di lain masa kita akan ulas.

Persediaan kearah PLT? 1. Perlu kenal pasti sifat kedua-duanya, adakah ianya bersesuaian dengan objektif bisnes kita. Guru-guru bisnes selalu suruh buat BMC terlebih dahulu dalam melihat situasi kita macam mana. 2. Bagi yang memilih proses upgrade nama boleh pakai nama yang sama. Tetapi sekiranya mendaftar satu entiti berasingan dan kedua-duanya hendak berjalan sekali, nama yang sama tidak di benarkan. 3. Periksa enterprise anda adakah milikan tunggal atau perkongsian? Enterprise pon boleh ada perkongsian, tetapi sifatnya tidak sama yang ini. Hanya Enterprise bertaraf perkongsian sahaja boleh upgrade dari Enterprise ke PLT. 4. Setelah maklumat berkenaan di kemaskini dan di siapkan baru lah boleh ke proses seterusnya untuk mendaftarkan PLT. 5. Kenalpasti siapa yang akan jadi Pegawai pematuhan. Nama pon dah pegawai pematuhan, jadi tugasnya perlu lah pastikan undang-undang di patuhi seiring dengan penubuhannya. Mendaftar PLT 1. Panduan boleh juga di perolehi di website Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ada department khas yang menguruskan PLT. 2. Maklumat enterprise tadi di sediakan dan pilih untuk Upgrade dari enterprise ke PLT.
PLT boleh di daftarkan oleh pekongsi sendiri dengan memilih salah seorangnya untuk menjadi Pegawai pematuhan atau mengupah pihak luar menjadi pegawai pematuhan. 3. Sekiranya memilih mendaftar sendiri pergi ke laman sesawang Suruhanjaya syarikat Malaysia dan lihat pautan ke myllp. Satu pautan untuk mendaftar PLT. 4. Mula-mula anda perlu mendaftar pengguna system myllp sebelum boleh mendaftarkan PLT anda sendiri. ID anda perlu di sahkan sebelum anda boleh menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi di dalam laman sesawang berkenaan. Memilih Mendaftar PLT 1. Dengan memilih mendaftar PLT anda telah memilih untuk menguruskan secara semi korporat. Bagaimana menguruskannya? Anda perlu bersiap sedia untuk kemaskini laporan kewangan anda dan membuat keputusan dengan ambil kira rakan kongsi anda. 2. Keputusan tidak boleh buat berseorangan melainkan rakan kongsi anda membenarkannya. Bila sebut laporan kewangan, pihak kami juga kerap menganjurkan Bengkel Akaun Bisnes untuk membantu usahawan menyediakannya. Semasa artikal ini di sediakan sudah siri ke empat bengkel ini di buat. Lebih lanjut 01136288769