Kan Berbaloi Tu?

Artikel ini ingin membawa anda berfikir dari satu sudut lagi sekiranya hendak membuat keputusan dan penilaian untuk naik taraf ke sdn bhd iaitu dengan menimbang tara kos yang bakal di belanjakan berbanding kelebihan yang bakal anda perolehi dari Sdn Bhd yang bakal anda tubuhkan. Pihak Millionmind4u juga sebelum ini telah menyediakan artikal yang berkaitan topik ini iaitu berkenaan membuat keputusan ke Sdn Bhd dan kelebihan sdn bhd. Sebelum meneruskan hasrat ke Sdn Bhd mungkin artikal ini dapat membantu anda serba sedikit dalam membuat penilaian yang lebih baik pabila hendak ke Sdn Bhd iaitu dengan menimbangtara KOS dengan FAEDAH yang bakal di miliki.

KOS dalam artikal ini adalah merujuk kepada kos pengurusan yang bakal di tanggung oleh pemilik Sdn Bhd. Antara kos yang bakal di tanggung adalah fee setiausaha syarikat, penyediaan laporan kewangan, kos audit, kos pengiraan cukai, dan sekiranya untung perlu bayar cukai. Kebanyakkan usahawan yang naik taraf ke Sdn Bhd sebelum ini kebanyakkan kos yang di sebut, mereka tidak perlu tanggung. Jadi bila berada di Sdn Bhd sekiranya tidak di urus dengan baik ianya akan menjadi suatu bebanan kepada pemilik.

FAEDAH dalam artikal ini pula merujuk kepada apa yang pemilik perolehi sekiranya mempunyai syarikat Sdn Bhd. Boleh jadi dari segi nilai matawang ataupon kesan tidak langsung. Bila kedua-duanya di timbang tara baru lah keputusan yang baik dapat di buat oleh pemilik Sdn Bhd.

Kita lihat senarionya begini, di awal penubuhan sekiranya kos yang tanggung iaitu naik taraf ke Sdn Bhd mampu membuatkan prospek kita beranggapan perniagaan kita berkembang maju dan ini membuatkan mereka berasa yakin seterusnya membuat keputusan untuk membeli ataupon berurusan dengan kita kan lebih berbaloi tu untuk naik taraf. Pada mulanya iainya adalah faedah yang tidak dapat di nilai dengan matawang iaitu tanggapan, tetapi bila mereka mula membeli atau menandatangani kontrak dengan kita, kan berbaloi tu. Bagi yang tidak yakin, kajiselidik sangat membantu dalam bahagian ini. Mungkin anda boleh tanyakan sekiranya anda naik taraf ke Sdn Bhd, bagaimana tahap keyakinan untuk berurusan dengan anda?. Soalan begini anda boleh utarakan semasa kajiselidik anda.

Senario kedua pula begini, mungkin selepas dua tahun anda beroperasi dan pada masa itu setelah selesai proses audit semua anda berhasrat hendak membeli sebuah rumah. Dengan gunakan dokumen sedia ada prosesnya lebih mudah dan lengkap. Berbanding semasa anda di enterprise, penyediaan dokumennya anda uruskan sendiri dan tiada panduan di beri. Kan lebih berbaloi tu bila ke Sdn Bhd. Lebih manis bila anda perolehi asset yang anda hanya perlu keluarkan modal yang sedikit dan siap dalam masa terdekat. Ini bagi kes hartanah baru. Kerana situasi ini terjadi pada klien Millionmind4u sendiri, iaitu pembiayaan dan rumah siap dalam tahun yang sama. Tidak perlu tunggu terlalu lama dan membayar “progress payment” yang lama. Dalam situasi klien Millionmind4u kos yang di keluarkan termasuk dari mula penubuhan hingga lah ke penyediaan deposit rumah sekitar RM30,000 bagi hartanah bernilai lebih dari RM400,000. Kan berbaloi tu? Dan mungkin selepas 10 tahun dengan nilai pasaran rumah berkenaan, mungkin pemilik boleh buat refinance untuk membeli hartanah lain dan seterusnya modal asal yang di keluarkan sudah balik modal. Kebiasaan pihak Millionmind4u menekan kan Sdn Bhd ini adalah untuk keuntungan jangka panjang. Bukannya bagi jangka pendek.

Senario seterusnya, untuk Sdn Bhd, pengusaha di sokong oleh Setiausaha Syarikat, akauntan, juruaudit dan agen cukai. Bagi pengusaha yang menggunakan Enterprise, kebanyakkannya mengurus sendiri. Jadi perihal pengurusan cukai di urus sendiri oleh pemilik. Bagi pengusaha yang aktif terutamanya, sekiranya Sdn Bhd, dengan ada nya bantuan professional yang telah di bayar oleh syarikat Sdn Bhd dapat menjimatkan cukai yang bakal di tanggung, kan lebih berbaloi tu? Dapat khidmat dari mereka bagaimana mengurus cukai dengan lebih baik dan berkesan.

Senario seterusnya contohnya setelah bertahun anda gunakan Sdn Bhd dan anda telah pon belanjakan kos pengurusan termasuk lah kos pembayaran cukai. Pada suatu saat anda perlukan dana tambahan. Jadi dengan dokumen yang anda modal tambahan yang anda perlukan boleh dapat pembiayaan, kan berbaloi tu? Sekiranya anda gunakan Enterprise pembiayaan yang di pohon ada hadnya, berbeza dengan Sdn Bhd. Di enterprise sekiranya bisnes anda bagus macam mana pon, dia ada had pembiayaan yang di benarkan, berbanding dengan Sdn Bhd. Rugi lah dengan “track record” yang bagus, sekiranya enterprise, ada had dan limitasi tertentu untuk anda kembangkan lagi potensi bisnes anda. Dana tambahan anda boleh gunakan untuk kos pemasaran ka? Dan mana lah tahu pada masa tu sekiranya ada pelabur yang berminat, anda dah boleh jalankan usahasama terus. Dengan ciri-ciri yang ada pada Sdn Bhd, usahasama yang di jalankan boleh berjalan dengan lebih baik.

Senario terakhir yang hendak di utarakan, setelah bertahun anda dah belanjakan kos pengurusan ke atas Sdn Bhd dan akhirnya anda membuat keputusan hendak jual atau tidak mahu teruskan perniagaan sedia ada, dan nilai jualan yang anda perolehi hingga jutaan ringgit, kan berbaloi tu? Selama ini anda dah pon perolehi keuntungan atas syarikat, tapi di akhirnya anda dapat sekali lagi keuntungan atas syarikat yang di usahakan. Tak ka berbaloi tu?

Kenal pasti kos yang bakal di belanjakan, urus dengan sebaiknya, InshaAllah anda akan perolehi faedah atau kelebihan atas syarikat yang anda usahakan.