PEMILIKAN PERNIAGAAN | SUPER Incorp

Selari dengan perkembangan terbaru tentang akta pensyarikatan 2016, pemilikan bagi syarikat Sdn Bhd sudah di benarkan minima seorang. Pemilikan di dalam syarikat Sdn Bhd menunjukkan kepada nama pemegang saham. Manakala yang menjalankan kerja dan pengurusan adalah Pengarah. Syarikat “start up” selalunya melantik pemilik sebagai pengarah untuk melaksanakan urusan pengurusan bisnes. Selari dengan ini ianya memudahkan usahawan untuk menubuhkan Sdn Bhd tanpa perlu hadir orang ke dua. Di peringkat awal usahawan lebih selesa dengan pemilikan dan pengurusan secara tunggal. Ianya memudahkan keputusan di buat. Walaubagaimanapon kekengan kepakaran boleh menyebabkan syarikat berkenaan berkeadaan statik. Bagi syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad ( PLT ) pemilikannya minima adalah 2 orang dan bagi perniagaan Enterprise pemilikannya adalah minima seorang. Lebih lanjut kita akan ceritakan tentang proses naiktaraf dari enterprise ke Sdn Bhd, PLT ke Sdn Bhd atau enterprise ke PLT