ENTITI PERNIAGAAN | SUPER Incorp

PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE

  • Nama lain begi entity perniagaan ini adalah Enterprise, dan ada sesetengahnya menyebut lesen SSM.
  • Pemilikan tunggal dikawal dan dimiliki oleh seorang individu sahaja.
  • Pemilikan tunggal bukan entiti undang-undang berasingan dan menanggung liabiliti tidak terhad.
  • Pemilikan tunggal di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.
  • Pemilikan tunggal merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.
  • Contoh pemilikan tunggal ialah Kedai Runcit Mesra, Restoran Bonda, Lucky Store Mini Market dan sebagainya.
  • Kos yang di tanggung untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal ini ada sekitar RM40 bagi yang gunakan nama sendiri dan sekiranya gunakan selain dari nama itu kosnya adalah sekitar RM70

Ciri-Ciri Pemilikan Tunggal

  • Perniagaan ini hanya dimiliki oleh pemilik tunggal atau persendirian.
  • Biasanya modal perniagaan di peroleh daripada simpanan pemilik dan pinjaman daripada keluarga atau rakan-rakan.
  • Pengurusan perniagaan ini dilakukan oleh pemilik sendiri dengan bantuan keluarga atau pekerja-pekerja.
  • Pemilikan tunggal mudah ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana prosedur tidak rumit.
  • Pemilik tunggal berhak mendapat semua keuntungan perniagaan dan menanggung segala kerugian sendiri.
  • Pemilikan tunggal perlu menanggung liabiliti tidak terhad untuk menjelaskan liabiliti perniagaan yang melibatkan harta peribadinya.
  • Pemilik tunggal dikenakan cukai pendapatan perseorangan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jangka hayat pemilikan tunggal adalah pendek dan terhad kerana bergantung kepada usia pemilik dan perniagaan akan dibubarkan jika pemilik perniagaan meninggal dunia.
  • Perlu di perbaharui setiap tahun.

Nantikan post seterusnya berkaitan topik ini iaitu entiti perniagaan. Ketahui asas pensyarikatan terlebih dahulu sebelum anda kembangkan bisnes anda. Inginkan sesi bersemuka?join #Siri4Jam Pensyarikatan. Wassap ke 01136288769