Profil Ketua Pegawai Eksekutif
Millionmind, continuously empower your business.
En Nur Firdaus Muhammad
Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Millionmind Sdn Bhd menggunakan lesen untuk praktis kerja-kerja setiausaha syarikat dan perkhidmatan perakaunan En Nur Firdaus Muhammad iaitu melalui keahlian Persatuan Akauntan Malaysia @ Malaysia Institute of Accountant ( MIA ).

Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1983. Membesar sebahagiannya di Perak dan sebahagiannya lagi di Selangor. Beliau memulakan pendidikan awal di peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu Diploma Perakaunan dan kemudiannya mula bekerja di syarikat yang beroperasi di sekitar kawasan Kuala Lumpur International Airport, KLIA, Sepang.

Antara syarikat yang beliau pernah berkhidmat adalah Malaysia Airports Sepang Sdn.Bhd. dan Hotel Pan Pacific, KLIA yang kini di kenali SAMA-SAMA Hotel, KLIA. Beliau kemudian bekerja dengan syarikat pemaju Sekutu Saujana Development (M) Sdn.Bhd yang beroperasi di utara tanah air, Kedah Darul Aman. Selepas beberapa tahun berkhidmat, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau, Perlis.

Selepas menamatkan pengajian di UITM ARAU beliau berkhidmat dengan syarikat UMW Synergistic Generation Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada UMW Corporation Sdn Bhd pada masa berkenaan yang mana syarikat ini terlibat dalam industri “Genset” bagi sektor Gas dan Minyak.

Atas dasar minat dan keperluan pasaran, sambil bekerja beliau mula menawarkan perkhidmatan simpan kira kepada rakan terdekat yang mana perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang pertama di tawarkan dan bertahan hingga kini sebagai sumber pendapatan utama syarikat. Sambil beliau mulakan perniagaan sambil kembangkan lagi minat sedia ada terhadap bidang perakaunan dan perniagaan.

Percaya bahawa menjadi seorang Akauntan Bertauliah dapat membuka pintu peluang yang lebih besar, beliau membuat permohonan untuk menjadi ahli kepada Malaysia Institute of Accountant ( MIA ) pada tahun 2013 dan pada tahun 2018 membuat permohonan Asean Chartered Profesional Accountant sebagai persediaan memasuki pasaran antarabangsa.