Pengarah Syarikat – Kenali Maksudnya dan Peranannya

Pengarah syarikat adalah seorang individu yang menjawat jawatan pengarah dengan apa jua jawatan sekalipon contohnya KETUA PENGARAH EKSEKUTIF, PENGARAH PEMASARAN DAN JUALAN, PENGARAH PENTADBIRAN dan sebagainya.

Di Malaysia, pengarah syarikat merujuk kepada individu yang memegang jawatan di bawah syarikat Sdn Bhd dan Berhad. Manakala bagi Enterprise iaitu Milikan Tunggal ataupon Perkongsian jawatan tertinggi adalah PENGURUS.

PENGARAH SYARIKAT yang di lantik harus mengunakan kuasa yang dimiliki untuk menguruskan perniagaan yang di amanahkan mengikut polisi-polisi yang di tetapkan. Bermulanya akta syarikat 2016 yang mana membenarkan minima seorang pengarah sahaja menyebabkan banyak syarikat yang di daftarkan hanya memiliki seorang pengarah. Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan proses penubuhan syarikat Sdn Bhd agar lebih ramai yang mendapat manfaat dari kelebihan Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pengarah syarikat harus saling bekerjasama dengan pihak SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUNTAN, JURUAUDIT serta AGEN CUKAI agar segala perihal pematuhan di patuhi.

(more…)

Continue ReadingPengarah Syarikat – Kenali Maksudnya dan Peranannya

Bagaimana untuk Memulakan dan Mendaftarkan Perniagaan

Persoalan ini selalu timbul pabila hendak mulakan perniagaan secara sah. Sebabnya kebiasaannya rata-rata akan berniaga terlebih dahulu tengok macam mana situasinya. Kalau ok baru akan mendaftar secara sah. Untuk mulakan sesebuah perniagaan anda boleh mula dengan mengenal agensi yang menguruskan perihal pendaftaran perniagaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Agensi ini yang berfungsi untuk mengawal selia perihal pendaftaran perniagaan di Malaysia. dari Milikan tunggal hinggalah ke syarikat bertaraf Berhad. Kelebihan anda mendaftarkan perniagaan anda adalah tanda anda berniaga secara sah di bawah undang-undang yang di tetapkan oleh pihak kerajaan dan seterusnya akan melindungi pelanggan. Sekiranya terdapat kesalahan yang di lakukan dari segi urus niaga pelanggan boleh melaporkan pada pihak berwajib dan dari sudut positifnya perniagaan anda lebih di yakini dan berurusan secara sah.

(more…)

Continue ReadingBagaimana untuk Memulakan dan Mendaftarkan Perniagaan