Kan Berbaloi Tu?
Artikel ini ingin membawa anda berfikir dari satu sudut lagi sekiranya hendak membuat keputusan dan penilaian untuk naik taraf ke sdn bhd iaitu dengan menimbang tara kos yang bakal di…
Artikel ini ingin membawa anda berfikir dari satu sudut lagi sekiranya hendak membuat keputusan dan penilaian untuk naik taraf ke sdn bhd iaitu dengan menimbang tara kos yang bakal di…
Senang Buat Loan Lebihnya sdn bhd sebab ada laporan audit. laporan ni yang menyatakan prestasi sdn bhd dan disahkan oleh pihak yang bertauliah. Berbanding enterprise tiada pengesahan di buat oleh…
Pengarah syarikat adalah seorang individu yang menjawat jawatan pengarah dengan apa jua jawatan sekalipon contohnya KETUA PENGARAH EKSEKUTIF, PENGARAH PEMASARAN DAN JUALAN, PENGARAH PENTADBIRAN dan sebagainya.
Di Malaysia, pengarah syarikat merujuk kepada individu yang memegang jawatan di bawah syarikat Sdn Bhd dan Berhad. Manakala bagi Enterprise iaitu Milikan Tunggal ataupon Perkongsian jawatan tertinggi adalah PENGURUS.
PENGARAH SYARIKAT yang di lantik harus mengunakan kuasa yang dimiliki untuk menguruskan perniagaan yang di amanahkan mengikut polisi-polisi yang di tetapkan. Bermulanya akta syarikat 2016 yang mana membenarkan minima seorang pengarah sahaja menyebabkan banyak syarikat yang di daftarkan hanya memiliki seorang pengarah. Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan proses penubuhan syarikat Sdn Bhd agar lebih ramai yang mendapat manfaat dari kelebihan Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pengarah syarikat harus saling bekerjasama dengan pihak SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUNTAN, JURUAUDIT serta AGEN CUKAI agar segala perihal pematuhan di patuhi.
(more…)
Bagi syarikat sdn bhd kita panggil prosesnya adalah menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Proses ini di jalankan dan di sempurnakan oleh setiausaha syarikat. Boleh baca artikal sebelum ini berkenaan setiausaha syarikat yang kami kongsikan dan ketahui fungsinya.
Persoalan ini selalu timbul pabila hendak mulakan perniagaan secara sah. Sebabnya kebiasaannya rata-rata akan berniaga terlebih dahulu tengok macam mana situasinya. Kalau ok baru akan mendaftar secara sah. Untuk mulakan sesebuah perniagaan anda boleh mula dengan mengenal agensi yang menguruskan perihal pendaftaran perniagaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Agensi ini yang berfungsi untuk mengawal selia perihal pendaftaran perniagaan di Malaysia. dari Milikan tunggal hinggalah ke syarikat bertaraf Berhad. Kelebihan anda mendaftarkan perniagaan anda adalah tanda anda berniaga secara sah di bawah undang-undang yang di tetapkan oleh pihak kerajaan dan seterusnya akan melindungi pelanggan. Sekiranya terdapat kesalahan yang di lakukan dari segi urus niaga pelanggan boleh melaporkan pada pihak berwajib dan dari sudut positifnya perniagaan anda lebih di yakini dan berurusan secara sah.
(more…)
Bagi usahawan baru yang ingin mendaftar perniagaan boleh memohon di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my.
DAFTAR SYARIKAT DI KAUNTER SSM
Bagi usahawan Kulim Kedah yang ingin memulakan perniagaan, anda boleh terus berdaftar di pejabat SSM yang terdekat. Bagi pemohon sekitar kulim cawangan terdekat yang boleh dikunjungi bertempat di seberang jaya.
Cawangan Penang
Muhd Nasir bin Mahmood
Tingkat 6-7, Bangunan KWSP,
No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Pulau Pinang.
Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat
8.15 am – 4.15 pm
Talian untuk dihubungi :
Tel: 04-397 7793
Fax: 04-397 7713
Hotline: 04-397 7793
E-mail : mnasir[at]ssm.com.my
Kebiasaan usahawan yang dah berniaga lebih dari 2 tahun akan ada dilema ini. Ye lah, bila rakan-rakan bisnes dah pakat upgrade, maka diri ni pon ada lah rasa, ” aku bila lagi….”. Dalam membuat keputusan, kadang-kadang usahawan tanpa melihat data kewangan perniagaan cenderung untuk membuat keputusan secara terburu-buru.
Ramai usahawan yang tidak simpan rekod jualan sedangkan segala maklumat transaksi perniagaan wajib simpan dan di kemaskini. Rekod jualan antara maklumat yang kita boleh gunakan sebagai “indicator” untuk kita buat keputusan. Dan bagi usahawan yang transaksinya tunai lebih mudah untuk membuat keputusan ini berdasarkan angka jualan
(more…)
BILA anda memerlukan lebih dari satu syarikat untuk perniagaan anda boleh gunakan konsep di bawah.KETIGA-TIGA NYA adalah syarikat Sdn Bhd, walaubagaimanapon jenis syarikat ini berkait rapat dengan struktur dalam kumpulan perniagaan dan terma yang di gunakan adalah mengikut tiga jenis syarikat Sdn bhd berikut seperti penerangan di bawah. Keperluan anda untuk memiliki lebih dari satu syarikat adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda dan juga pengurusan risiko. Ada kelebihan dan kekurangan bila anda praktis sistem induk – anak syarikat atau lain-lain struktur. Sewaktu perlaksanaan, sila nilai dan dapatkan khidmat pakar sebelum anda membuat apa-apa keputusan.
(more…)Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad iaitu tanggungan pemilik perniagaan terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja.Boleh di daftarkan sendiri oleh pemohon. Tapi selesai sahaja anda mendapat kelulusan penubuhan perlu…
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT DEFINISI | Sebelum berkongsi panjang berkenaan tanggungjawab setiausaha syarikat, setiausaha syarikat adalah individu atau syarikat yang menjadi tulang belakang dalam penubuhan dan dokumentasi penubuhan syarikat Sdn Bhd. Dalam erti kata lain setiausaha syarikat pada masa peringkat awal mereka terlibat dengan menubuhkan syarikat yang di kehendaki dan menyiapkan segala dokumentasi yang berkaitan untuk di serah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bermula saat itu maka tugas sebagai setiausaha syarikat berjalan. TANGGUNGJAWAB | Setiausaha syarikat berperanan dalam membimbing dan memberi panduan nasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat sdn bhd dan juga lembaga pengarah. Untuk makluman pengarah berfungsi untuk mengerakkan bisnes yang di jalankan. Makanya apa-apa ketidakpatuhan akan di pertanggungjawabkan atas pengarah. Jadi setiusaha syarikat bertanggungjawab membimbing pengarah terhadap pematuhan syarikat Sdn Bhd.
(more…)