KHIDMAT E-FILING LHDN @ KERTAS KERJA CUKAI

KHIDMAT E-FILING LHDN @
KERTAS KERJA CUKAI

Servis Penyediaan Kertas Kerja Cukai

E-Filing LHDN @ Kertas Kerja Cukai ?

Kertas kerja cukai adalah  dokumen yang di sediakan oleh kami yang merangkumi Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira dan lain-lain laporan berkaitan sebagai dokumen sokongan dalam proses pengiraan cukai dan serah simpan penyata pendapatan kepada pihak LHDN atau di sebut proses E Filing LHDN oleh usahawan / peniaga.

Kami Bantu Anda Sediakan Kertas Kerja Untuk Pengiraan Cukai

Usahawan wajib mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun melalui proses serah simpan borang cukai iaitu E-Filing LHDN mengikut kategori yang berkaitan. Untuk buat kira-kira isytihar pendapatan kepada LHDN, ada kertas kerja yang perlu disediakan dan AKAUNTAN kami berkepakaran dan berpengalaman untuk membantu anda. Kertas kerja kemudian akan diserahkan pada EJEN CUKAI untuk kiraan cukai sebelum diserah simpan kepada LHDN.

Kami Akan Memberi Khidmat Nasihat Kaedah Pengiraan Cukai

Dengan mengetahui kaedah pengiraan, anda dapat OPTIMUMKAN cukai yang perlu di bayar kepada pihak LHDN dan perancangan lebih awal juga dapat dibuat melalui proses ini iaitu dengan mengetahui perbelanjaan yang dibenarkan untuk tolakkan cukai. PENJIMATAN juga anda akan dapat sekiranya perancangan awal dibuat. Dan seterusnya kesalahan untuk mengisi borang cukai @ E-Filing LHDN  dapat dielakkan.

Kami Akan Bantu Anda Untuk Membuat Persediaan

Sebelum kertas kerja dapat disediakan, ada dokumen yang perlu disediakan oleh usahawan. Akauntan akan memberi garis panduan dokumen yang perlu disediakan. Dokumen yang diperlukan untuk kertas kerja perlu disimpan sekurangkurangnya 7 tahun. Antara contoh dokumen adalah PENYATA BANK, INVOIS JUALAN, BIL, BAUCAR BAYARAN dan lain lain. Selain itu, kami bantu anda kenal pasti pelepasan yang akan diperolehi semasa buat E-Filing LHDN.

SEMUA WAJIB BAYAR CUKAI?

Setiap USAHAWAN yang berniaga, sama ada ENTERPRISE ataupun SDN BHDtidak kira untung atau rugi perlu isytiharkan pendapatan mereka kepada pihak LHDN melalui E-Filing. Sekiranya perniagaan yang dilaksanakan menjana keuntungan, barulah cukai perlu dibayar. Bukanlah seperti yang di fahami oleh kebanyakan usahawan, semua yang berniaga perlu bayar cukai atau mengikut had pendapatan tertentu atau tempoh berniaga tertentu.

TAHUKAH ANDA…?​

LHDN Mempunyai
Unit IT dan Risik

Anda tentunya biasa dengar dari sahabat usahawan anda mendapat surat dari pihak LHDN. Mereka ini berada di semua platform dan memantau usahawan yang cuba membuat pelarian cukai. Cuba bayangkan anda sudah berniaga bertahun-tahun, dan dapat dikesan oleh pihak LHDN. Tentunya segala transaksi yang berlaku sebelum ini akan dikorek dan sekiranya, pada saat anda dikesan, perniagaan anda berada di saat getir. Sekiranya kiraan cukai sebelum ini adalah pada saat atau masa anda tengah bagus, tentunya akan hadapi kesukaran besar untuk membayar segala cukai tertunggak.

Pihak LHDN Boleh
Korek Sehingga
7 Tahun Kebelakang

LHDN boleh semak transaksi yang berlaku 7 tahun kebelakang. Sekiranya anda bukanlah penyimpan dokumen yang bagus, akibatnya pihak LHDN akan buat anggaran dan kadar cukai yang dianggarkan oleh pihak LHDN adalah sangat tinggi berbanding kos cukai yang sebenar yang sepatutnya anda belanjakan.

ADA IMPIAN UNTUK BERKEMBANG?

Bila Tahu Nilai Jualan Dan Belian

Dengan ketahui nilai jualan dan belian iaitu melalui kertas kerja yang disediakan oleh akauntan, perancangan dapat dibuat dan prestasi semasa dapat diketahui. Nilai jualan menjadi TANDA ARAS apakah situasi semasa perniagaan anda. Dengan mengetahui kos, anda dapat menilai, harga jualan yang ditetapkan adalah benar atau salah. Bila anda mengawal data perniagaan anda, KEPUTUSAN YANG BAGUS dapat dibuat dan seterusnya perniagaan anda boleh berkembang.

Melalui Pembiayaan

Dengan adanya dokumen yang mencukupi seperti dokumen cukai, laporan kewangan semasa, penyata bank, anda boleh MEMOHON PEMBIAYAAN. Pembiayaan yang diperlukan seperti belian kenderaan, sekiranya perniagaan anda memerlukan kenderaan bagi melancarkan pergerakan bisnes; pembiayaan modal, bagi membantu anda untuk buat belian stok dan lain-lain pembiayaan yang mampu bantu perniagaan anda jana lebih jualan dan keuntungan.

PILIHAN...

Anda mempunyai pilihan untuk bertindak sekarang atau menangguhkan segalanya yang perlu anda laksanakan sebagai usahawan. Untuk makluman, pada TAHUN 2019 pihak LHDN telah laksanakan program untuk usahawan supaya isytihar pendapatan secara sukarela melalui E-Filing dan usahawan tidak akan diaudit.

Dan program ini sebagai salah satu langkah PERMULAAN kepada tindakan yang LEBIH BESAR oleh mereka.

JANGAN TUNGGU sehingga mereka cari anda, kerana kesannya kadar PENALTI YANG SANGAT TINGGI dan bagi usahawan yang bertaraf  SDN BHD pula, ada TAMBAHAN PENALTI yang dikenakan pula oleh PIHAK SSM.

SEKIRANYA ANDA PILIH UNTUK
PATUH DAN URUS DENGAN BAIK

JOM KAMI BANTU ANDA.
HUBUNGI KAMI SEKARANG!

JOM KAMI BANTU ANDA.
HUBUNGI KAMI SEKARANG!