Syarikat Millionmind menggunakan lesen untuk praktis kerja-kerja setiausaha En Nur Firdaus Muhammad. Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1983. Membesar sebahagiannya di Perak dan sebahagian lagi di Selangor. Beliau memulakan pendidikan awal di peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun dalam diploma perakaunan dan kemudian mula bekerja di kawasan KLIA dengan beberapa syarikat.
Antara syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat adalah Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd dan Hotel Pan Pacific, KLIA. Beliau kemudian bekerja dengan syarikat pemaju Sekutu Saujana Development (M) Sdn Bhd. Selepas beberapa tahun pengalaman dalam bidang perakaunan yang ditimba, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau.
Selepas menamatkan pengajian di UiTM beliau kemudian menjalankan perkhidmatan kemaskini simpan kira secara sambilan. Bagi memperkukuhkan lagi pengalaman yang ditimba, beliau bekerja juga dalam masa yang sama dengan UMW Synergistic Generation Sdn Bhd yang terlibat dalam industri gas dan minyak.
Percaya bahawa menjadi seorang akauntan bertauliah membuka pintu kepada pelbagai peluang besar, beliau mengambil keputusan untuk mengambil lesen amalan pada tahun 2013 dan menjadi ahli kepada Malaysia Institute of Accountant (MIA).
Kini menjadi penggerak utama Millionmind Sdn Bhd di dalam memberi perkhidmatan professional dan meningkatkan kesedaran usahawan di dalam pengurusan syarikat.