Bagaimana Saya Ingin Bermula? Set Temujanji
Memastikan pengarah syarikat terutamanya pelanggan kami menyertai program latihan yang dianjurkan dan mendapat latihan asas secukupnya serta mencapai jumlah minima jam latihan.
Untuk menjadi pemimpin industi dalam melahirkan para pengarah yang berilmu khasnya bidang pengurusan syarikat, mampu membangunkan syarikat sedia ada keperingkat global dan seterusnya dapat mewujudkan budaya niaga korporat yang sihat dan berdaya saing.
Millionmind Sdn Bhd didaftarkan pada 1 Februari 2012 oleh En. Nur Firdaus bin Muhammad yang bertujuan pada mulanya untuk membantu usahawan menyelesaikan masalah percukaian perniagaan dan perihal pembiayaan.
Pada tanggal 28hb March 2016, En Nur Firdaus telah mengambil keputusan untuk menaik taraf perniagaan sedia ada ke taraf syarikat sdn bhd dengan nama Millionmind Sdn Bhd Perkhidmatan yang di tawarkan juga di perluaskan lagi kepada penubuhan dan pengurusan syarikat Sdn Bhd serta latihan keusahawan dalam bidang berkaitan.
Dengan minat yang mendalam dalam bidang berkaitan serta berbekalkan pengalaman yang ada, Millionmind memberi tumpuan untuk membantu usahawan dari pelbagai jenis bidang perniagaan supaya lebih teratur dalam perihal pengurusan syarikat dan dapat mengembangkan perniagaan sedia ada ke peringkat lebih tinggi lagi.
NUR FIRDAUS BIN MUHAMMAD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / SETIAUSAHA SYARIKAT
Syarikat Millionmind menggunakan lesen untuk praktis kerja-kerja setiausaha En Nur Firdaus Muhammad. Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1983. Membesar sebahagiannya di Perak dan sebahagian lagi di Selangor. Beliau memulakan pendidikan awal di peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun dalam diploma perakaunan dan kemudian mula bekerja di kawasan KLIA dengan beberapa syarikat.
Antara syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat adalah Malaysia Airports Sepang Sdn Bhd dan Hotel Pan Pacific, KLIA. Beliau kemudian bekerja dengan syarikat pemaju Sekutu Saujana Development (M) Sdn Bhd. Selepas beberapa tahun pengalaman dalam bidang perakaunan yang ditimba, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau.
Selepas menamatkan pengajian di UiTM beliau kemudian menjalankan perkhidmatan kemaskini simpan kira secara sambilan. Bagi memperkukuhkan lagi pengalaman yang ditimba, beliau bekerja juga dalam masa yang sama dengan UMW Synergistic Generation Sdn Bhd yang terlibat dalam industri gas dan minyak.
Percaya bahawa menjadi seorang akauntan bertauliah membuka pintu kepada pelbagai peluang besar, beliau mengambil keputusan untuk mengambil lesen amalan pada tahun 2013 dan menjadi ahli kepada Malaysia Institute of Accountant (MIA).
Kini menjadi penggerak utama Millionmind Sdn Bhd di dalam memberi perkhidmatan professional dan meningkatkan kesedaran usahawan di dalam pengurusan syarikat.
Ibu pejabat:
1C-8-2, Jalan Pegaga C U12/C, Pusat Perdagangan Desa Alam Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor
Tel:
03 3358 9083
011 3628 8769
No. 159 (Tingkat Atas) Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah
Tel:
04 490 4903
011 5650 3100
Emel: info@registersdnbhd.com
© Hak Cipta Terpelihara MillionMind4u.com 2020